Perjumpaan Pasukan Olahraga SUKMA Bersama Bapa Angkat
Tarikh: 9
Ogos 2026, (Sabtu)
Masa: 5.30
petang
Tempat: Stadium BM
Satu sesi perjumpaan telah diadakan antara Bapa Angkat
Olahraga SUKMA, YB Tuan Amir Hamzah bin Azizan, ADUN Permatang Pasir, bersama
Persatuan Olahraga Pulau Pinang (POAPP) dan Pasukan Olahraga SUKMA serta
barisan jurulatih.
Dalam sesi tersebut, YB Tuan Amir Hamzah telah menyampaikan
kata-kata semangat kepada semua atlet dan seterusnya menyerahkan vest rasmi
pasukan kepada para atlet.
Turut hadir:
- Dato’ Mohd Junid bin Mohd Noor - Naib Presiden POAPP
- Dato’ Dr. G.P. Doraisamy - Naib Presiden POAPP
- Encik V. Govindasamy - Setiausaha Kehormat POAPP
- Encik David Chai - Bendahari POAPP
- Hj. Nasir Khan - Pengurus Pasukan
- Encik Mohd. Rasool - AJK POAPP
Semoga semangat dan sokongan ini menjadi pendorong kepada
kontinjen Olahraga Pulau Pinang untuk mengharumkan nama negeri di SUKMA nanti.
#TeamPenang #OlahragaPenang #SUKMA2026
V.
Govindasamy
Setiausaha
Kehormat

.jpeg)

.jpeg)
.jpeg)

.jpeg)
.jpeg)

No comments:
Post a Comment