Monday, April 20, 2026

RESULTS: PAAA Round The Houses Relay 2026

 PAAA Berjaya Anjurkan Larian Berganti-Ganti Round The Houses 2026 di Kampus Kejuruteraan USM

Persatuan Olahraga Amatur Pulau Pinang (PAAA), dengan kerjasama Kampus Kejuruteraan Tuanku Syed Sirajuddin, Universiti Sains Malaysia, Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang, dan MILO, telah berjaya menganjurkan Larian Berganti-Ganti Round The Houses 2026 hari ini di Kompleks Sukan, Kampus Kejuruteraan Tuanku Syed Sirajuddin, USM, Nibong Tebal, Seberang Perai Selatan.

Larian Berganti-Ganti Round The Houses yang mula diperkenalkan pada tahun 1958 merupakan tradisi dalam kalendar olahraga Pulau Pinang. Pada asalnya diadakan di Jalan Sepoy Lines (Padang Polo), acara ini kini dipindahkan ke pelbagai lokasi di seluruh Pulau Pinang bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas dan menggalakkan semangat berpasukan dalam kalangan peserta.

Edisi tahun ini diadakan sempena sambutan ulang tahun ke-25 Kampus Kejuruteraan Tuanku Syed Sirajuddin, USM, yang bermurah hati menjadi tuan rumah sebagai sebahagian daripada aktiviti sambutan kampus.

Sebanyak 18 pasukan telah menyertai larian tahun ini, termasuk kontinjen dari Perlis, Kedah, dan Perak. Acara diakhiri dengan majlis penyampaian hadiah kepada pasukan dan peserta yang berjaya.

“Larian ini bukan sekadar perlumbaan. Ia adalah tradisi sejak 1958 yang membina semangat setiakawan dan kerjasama berpasukan merentas generasi atlet. Kami berterima kasih kepada USM kerana membuka kampus mereka kepada kami sempena ulang tahun ke-25, serta kepada semua pasukan dari Pulau Pinang dan negeri jiran yang terus menyokong acara warisan ini,” kata, Dato Seri Syed Mohamad Aidid, Presiden Persatuan Olahraga Amatur Pulau Pinang.

“Kampus Kejuruteraan berbangga menjadi sebahagian daripada acara bersejarah ini pada tahun ulang tahun ke-25 kami. Sukan menyatukan komuniti, dan penganjuran Larian Round The Houses ini mencerminkan komitmen kami dalam menyokong belia, kesihatan, dan penglibatan komuniti,” kata, Prof. Ts. Dr. Zulkifli Mohamad Ariff, Dekan Pusat Pengajaran Kejurutraan Bahan & Sumber Mineral , yang mewakili  Pengarah Kampus, Kampus Kejuruteraan Tuanku Syed Sirajuddin, USM. 

PAAA merakamkan penghargaan kepada semua rakan kerjasama, pasukan yang mengambil bahagian, pegawai, dan sukarelawan atas sumbangan mereka dalam menjayakan acara ini.

Keputusan dilampirkan 


V. Govindasamy 

Setiausaha Kehormat, 

Persatuan Olahraga Amatur Pulau Pinang









RESULTS: PAAA Round The Houses Relay 2026

 PAAA Berjaya Anjurkan Larian Berganti-Ganti Round The Houses 2026 di Kampus Kejuruteraan USM Persatuan Olahraga Amatur Pulau Pinang (PAAA),...